Monday, 25 April 2016

Interaksi Antara Hidupan (Haiwan)

interaksi antara hidupan (HAIWAN)

  • APAKAH MAKSUD INTERAKSI
  • INTERAKSI ialah perhubungan aktif antara hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain.Interaksi spieses yang sama dikenali sebagai interaksi intraspesies manakala interaksi spesies yang berlainan dekenali sebagai interaksi interspiesies
  • Interaksi intraspiesies dan interspiesies boleh berlaku sama ada dalam bentuk KERJASAMA atau PERSAINGAN.
  1. LEBAH bekerjasama membina sarangnya.
  2. ANAK-ANAK AYAM bersaing untuk mendapatkan makanan
  3. ANTELOP DAN BABUN  hidup dalam satu habitat yang sama.Antelop mempunyai deria pendengaran dan bau yang baik.Manakala babun mempunyai deria penglihatan yang sangat baik.Ciri-ciri tersebut membentuk kerjasama untuk mengesan kehadiran pemangsa
  4. Manakala helang dan ular bersaing untuk mendapatkan makanan yang terhad.
  • HAIWAN HIDUP BERKUMPULAN
  • sesetengah haiwan hidup bersama-sama dalam kalangan spiesiesnya.Haiwan ini hidup berkumpulan dan mencari makanan bersama-sama dalam habitat yang sama.
  • antara contoh yang hidup berkumpulan;-
  1. LEBAH hidup dalam kumpulan dan tinggal dalam sarang yang sama
  2. ANAI-ANAI hidup dalam satu koloni yang besar.
  3. Sekawan burung bangau mencari makanan.
  4. Sekawan burung layang-layang terbang menuju ke sarang.
  5. IKAN berenang dalam kumpulannya.
  6. KAMBING hidup dan bergerak dalam kumpulan.
  7. SINGA hidup dalam kumpulan yang kecil.
  8. RUSA tinggal dalam kumpulan yang besar.
  • HAIWAN HIDUP BERSENDIRIAN.
  • Haiwan yang hidup secara bersendirian ialah haiwan yang hidup tanpa kawanan.Haiwan ini melakukan semua perkara secara bersendirian .Haiwan yang hidup bersendirian mempunyai ruang yang cukup dan memadai untuk berehat serta mencari makanan dalam habitat mereka.
  • Antara haiwan yang hidup bersendirian:-
  1. BURUNG BELATUK membina sarangnya di batang-batang pkok.
  2. TAPIR aktif mencari makanan pada waktu malam.
  3. TUPAI mengumpul dan menyimpan biji benih untuk dijadikan makanannya.
  4. LABAH-LABAH akan menjadikan mangsa yang terperangkap pada sarangnya sebagai makanan.
  5. BURUNG KENYALANG ialah haiwan herbivor yang makan buah buahan.
  6. HARIMAU mengawal kawasannya daripada dicerobohi haiwan lain.
  7. ULAR SAWA akan membelit mangsanya unutuk dijadikan makanan.
  • KELEBIIHAN DAN KEKURANGAN HAIWAN YANG HIDUP BERKUMPULAN
  • Bekerjasama untuk membuat dan mendapatkan makanan
  • contohnya:-
  1. Semut BEKERJASAMA UNTUK  MEMBUAT SARANG dan MENDAPATKAN MAKANAN.
  2. Sekawan serigala mendaptkan makanan dengan cara memburu mangsanya secara berkumpulan
  3. Ikan piranha boleh menyerang dan melapah mangsanya hingga tinggal tulang dalam masa kurang daripada satu minit.
  4. memburu dalam kumpulan membolehkan dubuk mengalahkan mansanya yang lebih besar
  • MEMAKSTIKAN KESELAMAN AHLI KUMPAULAN
  • Haiwan yang hidup berkumpulan mampu memastikan keselamatan spiesiesnya daripada serangan musuh.
  • contohnya:-
  1. IKAN BILIS hidup berenang dalam kumpulan yang besar untuk mengelirukan musuhnya
  2. KUDA BELANG hidup berkumpulan dengan cara menyamar diri daripada musuh.(singa ialah haiwan yang buta warna .Keadaan ini menyebabkan singa tidak boleh membezakan antara belang pada badan kuda belang dengan rumput yang tinggi)
  • Haiwan yang hidup berkumpulan biasanya terdiri daripada induk  dan anak-anaknya.Haiwan ini juga MELINDUNGI ANAK-ANAKNYA.
  • Contohnya:-
  1. Apabila sekumpulan singa keluar berburu,singa betina dalam kumpulan yang sama akan menjaga anak-anaknya
  • Haiwan yang hidup berkumpulan akan mengawal kawasannya daripada diceroboh oleh musuh
  • Contohnya;-
  1. Singa akan mengawal kawasannya dan sumber air di kawasannya daripada kumpulan haiwan lain.Singa akan menandakan kawasannya dengan semburan urinnya di tempat-tempat tertentu dalam kawasannya.
  • Haiwan yang hidup berkumpulan akan bekerjasama untuk MEMBUAT SARANG,MENDAPATKAN MAKANAN,MENJAGA KESELAMATAN,MELINDUNGI ANAK-ANAKNYA dan MENGAWAL WILAYAHNYA.
  • Contohnya;-
  1. singa laut jantan akan mengawal kawasannya untuk mendapatkan sekumpulan singa betina bagi tujuan mengawan.
  • Haiwan yang hidup berkumpulan juga mempunyai beberapa kekurangan.
  • Haiwan yang hidup berkumpulan MUDAH DIJANGKITI WABAK PENYAKIT dan HAIWAN YANG LEMAH DALAM KUMPULAN SUKAR UNTUK MENYELAMAT KAN DIRI DARIPADA MUSUH.
  • Contohnya;-
  1. Wabak penyakit yang disebabkan oleh virus disebarkan melalui udara mudah merebak kepada haiwan yang hidup di dalam kumpulan.
  2. Haiwan yang lemah dalam kumpulan yang besar akan mengalami kesukaran untuk melarikan diri daripada pemangsa.
  • KEKURANGAN DAN KELEBIHAN HAIWAN YANG HIDUP BERSENDIRIAN
  • Contohnya;-
  1. Burung hantu hidup secara bersendirian bagi mengelakkan persaingan memburu makanan sesama sendiri atau dengan haiwan  lain.Burung hantu aktif berburu pada waktu malam.
  2. Sumber makanan yang terhad menyebabkan panda hidup bersendirian bagi mengelakkan persaingan untuk mendapatkan makanan.
  3. Harimau bintang memerlukan kawasan yang luas untuk mendapatkan makanan atau pasangan.Haiwan ini akan menyerang musuh yang mencerobohi kawasannya.
  • Haiwan yang hidup bersendirian dapat mengatasi masalah sumber makanan yang terhad dan mengurangkan persaingan untuk mendapatkan pasangan.
  • Haiwan yang hidup bersendirian juga akan mengalami masalah.
  • Contohnya;-
  1. Haiwan yang hidup bersendirian akan mati sekiranya kalah dalam persaingan merebut kawasan.
  2. Haiwan yang hidup bersendirian akan mengalami masalah untuk mencari pasangan ketika musim mengawan
  • Haiwan yang hidup bersendirian sukar mempertahankan diri daripada musuh dan mengalami kesukaran mencari pasangan ketika musim mengawan.

  • FAKTOR PERSAINGAN HAIWAN INRASPESIES DAN INTERSPIESIES.
  • Contohnya;-
  1. TERITIP bersaing untuk mendapatkan KAWASAN pada permukaan yang lembap.
  2. BURUNG PEMBANGKAI bersaing untuk mendapatkan MAKANAN.
  3. dua ekor tupai bersaing bersaing untuk mendapatkan TEPAT TINGGAL yang terhad.
  4. RUSA-RUSA ini bersaing untuk mendapatkan sumber AIR  yang terhad di dalam habitatnya.
  5. MERAK JANTAN mengembang kan bulunya yang cantik dan menarik untuk menawan merak betina.Merak jantan bersaing bagi mendapatkan  PASANGAN untuk mengawan.
  • Persaingan intraspiesies antara haiwan berlaku apabila keperluan asas haiwan iaitu MAKANAN,AIR,TEMPAT TINGGAL ATAU KAWASAN  dan PASANGAN adalah terhad.
  • Contohnya;-
  1. Sekumpulan kuda belang dan zirafah sedang minum daripada sumber AIR yang terhad.
  2. Singa dan dubuk bersaing untuk mendapatkan keperluan MAKANAN yang terhad.
  • Persaingan interspiesies haiwan berlakunya apabila keperluan asas iaitu MAKANAN,AIR dan TEMPAT TINGGAL atau KAWASAN adalah terhad.Haiwan.akan bersaing untuk mendapatkannya supaya kekal hidup.
  • Contohnya;-
  1. Semut-semut daripada koloni dan spiesies yang berbeza bersaing untuk mempertahankan kawasan mereka.
  • SIMBIOSIS ANTARA HAIWAN
  • Situasi di bawah menunjukkan  beberapa jenis interaksi antara haiwan berbeza yang tinggal dalam suatu habitat.Hubungan rapat antara antara dua atau lebih haiwan yang saling memberi
  • manfaat antara satu sama lain dikenali sebagai simbiosis.Simbiosis boleh berlaku dalam tiga keadaan,iaitu mutualisme,komensalisme dan parasitisme.
  • Contohnya;-
  1. Simbiosis antara kerbau dengan burung gembala ialah interaksi yang membawa  manfaat  kepada kedua-dua haiwan tersebut.Interaksi ini dikenali sebagai MUTUALISME.SITUASINYA;;;;BURUNG GEMBALA BERDIRI DI ATAS KERBAU SAMBIL MEMAKAN KUTU SI BADAN KERBAU.
  2. Simbiosis antara kucing dengan sengkenit ialah interaksi yang memberi manfaat sebelah pihak sahaja dan merugikan satu pihak yang lain.Simbiosis ini pula dikenali sebagai PARASITISME.
  3. Simbiosis antara ikan jerung dengan ikan remora ialah interaksi dua spiesis ikan yang berbeza.Interaksi ini hanya memberi manfaat mahupun kesan buruk.Simbiosis ini dikenali sebagai KOMENSALISME.